DISEMBER 2022

Perutusan Krismas 2022 Dan Tahun Baharu 2023 Daripada YAB Premier Sarawak


Salam sejahtera dan salam Sarawakku Sayang,

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

1. Pertama sekali saya dan dan bagi pihak keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua rakyat Sarawak yang meraikan hari yang amat besar maknanya kepada orang-orang Kristian. Saya amat berharap Krismas membawa keberkatan kepada saudara dan saudari dan bergembiralah di samping ahli keluarga, sahabat handai, rakan dan taulan.  

2. Saya pasti inilah masa yang ditunggu-tunggukan oleh orang-orang Kristian sebagai puncak kepercayaan yang dianuti. Namun, apa yang amat unik di Sarawak ialah penganut-penganut agama lain turut berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan mereka yang beragama Kristian pada musim perayaan ini. 

3. Inilah Sarawak yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama namun tidak menghadapi masalah untuk bersatu dalam kepelbagaian. Hanya di Sarawak kita mendapati keluarga orang Kristian dan orang Islam boleh hidup di bawah satu bumbung. Di Sarawak juga gereja dan masjid tidak menghadapi masalah dengan kedudukan bersebelahan dan saling bantu-membantu bagaikan sebuah keluarga. 

4. Kita merasa bertuah kerana agak terlindung daripada persengketaan agama dan kaum yang sering berlaku di tempat-tempat lain. Kuasa autonomi imigresen kita mampu menyekat pelampau-pelampau agama untuk menjejakkan kaki di Sarawak. Namun, Sarawak tidak kalis sepenuhnya daripada unsur-unsur ekstremis yang datang ke Sarawak melalui saluran siber seperti media-media sosial yang biasanya untuk kepentingan politik pihak tertentu. Benteng kita daripada anasir-anasir ini hanyalah kebijaksanaan kita sendiri untuk menapis apa yang baik daripada yang jahat dan yang fakta daripada yang auta. 

5. Sebagai Ketua Kerajaan Sarawak, saya ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan GPS akan sentiasa memelihara kebebesan beragama di negeri ini dan tiada unsur-unsur ekstrimisme mana-mana agamapun yang akan dibiarkan untuk menjejaskan keharmonian  masyarakat dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang yang kita cintai ini. 

Saudara dan saudara yang saya hormati,

6. Pilihanraya Umum Ke-15 baru sahaja selesai dan rakyat Sarawak telah memberi sokongan yang kuat kepada GPS pimpinan saya untuk membawa suara Sarawak ke Parlimen. Sebagai Ketua Kerajaan GPS saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada rakyat Sarawak yang telah memberi kepercayaan kepada GPS untuk terus menggalas tanggungjawab menjaga kepentingan Sarawak. 

7. Kerajaan GPS menyokong Kerajaan Perpaduan seperti yang dicadangkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong kerana apa yang lebih penting ketika ini ialah kekukuhan dan kestabilan pentadbiran negara. Dengan perlantikan seorang Timbalan Perdana Menteri dan empat menteri penuh dari Sarawak dalam Kabinet Perpaduan tersebut Sarawak diberi tanggungjawab yang besar untuk mempastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar untuk tempoh lima tahun lagi. 

8. Bagi Kerajaan GPS yang lebih penting mengatasi segala yang lain ialah kepentingan dan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

9. Platform politik yang bebas melalui pembentukan GPS merupakan langkah yang sebaik-baiknya untuk mempastikan suara Sarawak tidak akan tenggelam di persada nasional. Tidak ada orang lain yang lebih ikhlas daripada orang Sarawak sendiri dalam perjuangan menegakkan keadilan bagi Bumi Kenyalang yang indah dan permai ini. 

Dear friends,

10. As a government we have laid down everything possible within our power to create a better future for Sarawak and its people. We are upgrading our infrastructure in a big way, both road and Internet, develop our human resource and talent as these are pre-requisites to bring our economy to the next level in line with the demand of the world’s current mega trends. Not only are we trying to develop our infrastructure within the state but also air connectivity with other regions to facilitate air travel for tourists and business travellers. Therefore, we are setting up the state’s boutique airline for this purpose where profit is not the primary motivation. 

11. We are also tapping the potentials of our resources as we embark on a journey together with the rest of the world towards a greener and decarbonised earth in order to reverse climate change. We have big prospects in hydrogen production as clean fuel of the future, carbon capture utilisation and storage (CCUS), carbon trading and green bio-fuel from micro-algae. In short, the GPS government have laid down a clear roadmap towards economic recovery after the COVID-19 pandemic through the Post-Covid-19 Strategic Development 2030 (PCDS 2030) and realign the policies towards a greener and decarbonised earth. 

12. We have high hopes that we can continue to increase our State’s revenue that now stands at about RM11 billion, the biggest so far in Sarawak’s history. We are setting up our very own sovereign fund to save and invest for the future generations of Sarawakians. The law for setting up the fund has just been passed in the Dewan Undangan Negeri which should be up and running by 2024 with an initial capital injection of RM8 billion. Not only will this fund provide for Sarawakians during the rainy days but may allow us to provide free education to Sarawakians in the future. 

13. Akhir kata, saya ingin juga mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Sarawak tidak kira di mana saudara dan saudari berada. Saya amat berharap tahun baharu 2023 akan membawa lebih kejayaan kepada Sarawak dan rakyatnya. 

14. Sekali lagi saya, dan bagi pihak keluarga, mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu 2023.

15. Sekian. Terima kasih.

Sumber dari : Sarawakku